Muhammad S.A.W ♥

Assalamualaikum semua!
Mari mengenali dengan lebih dekat Nabi Muhammad kita :D
Okay,dengan cuti sekolah yang ada ni aku ingat tak nak la buang masa dengan hal yang tak membawa faedah langsung, jadi aku decide untuk buat page tentang riwayat hidup Nabi kita yang terakhir ni :) sebelum tu,aku buat page ni atas pengetahuan aku sendiri,buku buku rujukan,layari internet,dan macam macam lagi.Aku akui,aku bukan umat yang terbaik.InsyaAllah dengan page ni dapat lagi kita merapatkan lagi diri kita pada Nabi Muhammad S.A.W.
Jom kita mulakan! :D


Biodata Rasulullah s.a.w
Nama Baginda : Muhammad Bin Abdullah
Nama Ibu Baginda : Aminah binti Wahab
Nama Bapa Baginda : Abdullah bin Abdul Mutalib
Nama Datuk Baginda : Abdul Mutalib bin Abdul Manaf
Nama Bapa Saudara Baginda : Abu Talib bin Abdul Mutalib
Tarikh Lahir Baginda : Pagi Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 570 Masihi.
Tempat Lahir Baginda : Kota Mekah
Keturunan : Bangsawan Arab Quraisy 
Ciri-ciri baginda :

  • Manusia yang paling tampan wajahnya,paling bagus bentuk penciptaannya.
  • Berkulit putih dan berwajah elok.
  • Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek,dadanya bidang,janggutnya lebat,rambutnya sampai ke daun telinga,sahabatnya berkata'Saya pernah melihat Baginda berpakaian putih dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah darinya.
  • Kepalanya besar,demikian juga kedua tangan dan kedua kaki,serta tampan wajahnya.Sahabatnya berkata'Saya belum pernah melihat orang yang seperti dia baik sebelum maupun sesudahnya.
  • Wajah baginda bagaikan matahari dan bulan.
  • Apabila baginda gembira wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu.
  • Dari Aisyah RadhiyAllahu 'anha berkata :'Tidak pernah saya melihat Baginda tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya.Akan tetapi tertawa beliau adalah denganTERSENYUM.
  • Dari Jabir bin Samrah RadhiyAllahu 'anhu berkata : 'Saya pernah melihat Baginda pada bulan purnama.Saya memandang Baginda sambil memandang bulan.Baginda mengenakan pakaian putih.Maka menurut saya Baginda lebih indah daripada bulan'.
  • Baginda juga mempunyai warna kulit yang bersih,keringatnya seperti mutiara,apabila berjalan Baginda mendorongkan badannya ke depan.
  • Baginda tidak pernah menolak minyak wangi.
  • Baginda dikenal dengan haruman bau bila bersua.
Riwayat Hidup Rasulullah SAW
Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
-Kelahiran Rasulullah SAW membawa seribu rahmat kepada seluruh umat manusia.
-Berlaku beberapa peristiwa aneh dan ganjil kepada ibu dan datuk Baginda Rasulullah s.a.w
 Antaranya:
a) Ibu baginda sering terdengar bisikan mengatakan bahawa dia akan melahirkan seorang anak yang mulia.
b) Abdul Mutalib bermimpi sepohon pokok yang rendang dan banyak orang bergantung pada pokok itu.
c) Kaabah telah diselamatkan daripada serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah.
-Begitu juga semasa kelahiran Baginda berlaku beberapa perkara aneh di antaranya:
a) Terpadam api biara yang tidak pernah padam sebelumnya.
b) Baginda dilahirkan dalam keadaan tertiarap seperti orang sedang sujud.
-Baginda dilahirkan sebagai anak yatim kerana bapanya telah wafat ketika Baginda masih di dalam kandungan ibunya.